menjana pendapatan dengan blog

Tuesday, May 22, 2012

Hebatnya Si Ibu Tua

SAKSI
Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi
utama
seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa
soalan kepada saksi.

Peguamcara : Ibu Fatima, Ibu kenal siapa saya?

Ibu Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil
. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu
kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar.. dan aku merasa amat kasihan
dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak
berasas dan benar...

Peguamcara tersebut terpegun....
lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang diterima..Untuk mengatasi
kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya,..

Peguamcara : Ibu Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi.., peguambelakan?

Ibu Fatima : Oh ya, tentu saja... Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya
bersamaku waktu ia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga
mengecewakan... Ia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah
tanpa tujuan..

Habis sahaja Ibu Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela
untuk menghampirinya...
"Jika kamu berdua menanyakan kepadanya.. adakah ia kenal denganku.., kamu berdua
akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina pengadilan..," kata hakim.

No comments:

Post a Comment