menjana pendapatan dengan blog

Saturday, March 26, 2011

tawaran....

Thursday, March 24, 2011

SAINS SPM SMKIS 2010

Semalam keputusan SPM 2010 telah diumumkan.... bagi SMK Indera Shahbandar, bagi matapelajaran sains, SMK Indera Shahbandar, terdapat peningkatan dari segi kualiti pencapaian dan kuantiti lulus.... terdapat 2 pelajar dapat A- bagi subjek sains SMKIS (akhir pelajar memperoleh A pada tahun 2007... hmmmm... tahniah kepada Syahillah danSuriani.....) bagi sekolah lain, memang tak hairan... tetapi bagi SMKIS.... ini adalah suatu kebanggaan .... dan masih ada lagi pelajar yang gagal matapelajaran sains ini....memang sayang..... tetapi bagi yang gagal, adalah disebabkan kehadiran... dan sikap.... ntahlaaa...... sebab anda gagal semua subjek..... tak tahu apa yang anda pelajari selama 5 tahun di SMKIS...harapan saya anda tidak berputus asa untuk belajar... dan rajinlah bekerja untuk diri dan keluarga. Yang paling dibanggai.... Saifuddin.... boleh lulus sains dan PSV sahaja... (ada juga laaa.... subjek yang lulus.....) Apapun Tahniah kepada semua ex-student SMKIS 2010.... doa saya kepada anda,.. semoga berjaya mencapai kecemerlangan diri di masa akan datang........

Saturday, March 19, 2011

penggunaan klik sains

assalamualaikum.....
untuk kali ini.... saya ingin berterima kasih kepada semua pelawat.... hmmm.... kali ni... nak terangkan sedikit mengenai program klik sains.... penerangan ini khas untuk pelawat di luar daripada SMK Indera Shahbandar.... program kliksains ini adalah latih tubi bagi matapelajaran sains SPM... saya buat dengan kaedah pelajar klik soalan senang cerita macam kuiz laaa.... pelawat boleh download program tersebut melalui link yang ada mengikut tajuk... targetnya saya akan buat mengikut topik bagi tingkatan 4 dan 5...., tapi tak sempat lagi.... setakat ni baru ada set soalan SPM tahun-tahun lepas dan set percubaan SPM bagi negeri-negeri tertentu.... program tersebut menggunakan perisian flash player....oleh itu, pengguna perlu ada @ install flash player dahulu..... kalau ada permintaan.... saya akan uploadkan..... semoga anda mendapat sesuatu yang bermanfaat dari laman ini..... terima kasih di atas lawatan...... saya nak letakkan contoh dalam blog ini... tapi tak jadi laaa.... untuk masukkan flash tu....

Saturday, March 12, 2011

kesan Tsunami di Jepun 11/03/2011... duah buah bot tersadai... gelanggang besbol diselaputi lumpur

hmmm.... Semalam Jepun pula yang dilanda TSUNAMI... dengan ketinggian ombak lebih kurang 10 meter... lebih kurang sama tinggi dengan yang melanda Acheh dahulu.... namun begitu, jumlah tekorban tidaklah sedahsyat tsunami di indonesia pada 2004... Jepun dah biasa dengan gempa bumi ini, oleh sebab itu mereka agak bersedia dengan bencana tersebut... dengan sistem amaran awal yang agak baik... namun masih terdapat mereka yang tekorban.... di dunia ini apa jua boleh berlaku dalam masa yang singkat..... bersyukurlah kita kerana berada di bumi bertuah Malaysia... Jauh dari lingkaran api pasifik dan lingkaran gempa bumi... serta janganlah kita menjadi antara golongan  yang menjebakkan Malaysia dalam keadaan yang tidak stabil.... bersama doakan kita akan sentiasa dilindungi oleh Nya dalam apa bentuk bencana......

Thursday, March 10, 2011

INFO: Petua kekal muda

INFO: Petua kekal muda


  • Lakukan senaman ringan setiap hari bergantung pada tahap kesihatan, untuk kekal cergas dengan memastikan fizikal dan mental sihat dan mandiri. Individu yang tidak aktif lebih mudah mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang aktif

  • Elakkan terjatuh kerana ia boleh menyebabkan kecederaan, retak dan maut. Keretakan akibat terjatuh biasanya menjejaskan bahagian punggung, pelvik, tulang belakang dan lengan

  • Makan makanan rendah lemak, diet tinggi serat dan pastikan pemakanan seimbang seperti buah, sayur, bijirin dan kekacang

  • Dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang senaman, diet atau makanan tambahan

  • Minum banyak air, berhenti merokok dan elak atau kurangkan alkohol

  • Kekalkan harga diri - bawa diri anda dengan penuh keyakinan dengan gaya berpakaian menarik, gaya rambut, menjaga penampilan wajah dengan melakukan penjagaan dan rawatan muka


  • sumber : www.bharian.com.my

    Thursday, March 3, 2011

    Makmal Sains SMKIS

    Hmm.... daripada tinjauan saya... didapati ramai yang berminat bagi berkongsi maklumat mengenai keceriaan makmal sains.... bersempena program karnival sains yang akan diadakan di SMKIS pada 28 mac ini, elok juga saya letakkan sedikit gambar di makmal sains.... serta beberapa projek yang sedang dilaksanakan.... 

    Bahagian hadapan makmal.....

    Bahagian belakang makmal....hmmmm... nampak tak mesin tu..... nanti saya kongsi pasal mesin tu....

    OK.. ini antara projek makmal sains di SMKIS... projek penetasan ayam..... dilakukan oleh pelajar dan  pembantu makmal dibantu guru... kami dah start pada pertengahan tahun 2009... sempena karnival sains  tahun 2009... setiap tahun sasaran kami membuat penetasan sebanyak 5 sesi..... bermula idea apabila sedang bongkar alatan makmal dalam stor, terjumpa kotak yang dah berhabuk (tak pernah digunakan sejak tahun 2002)... ditulis di situ "incubator machine"... so, buat  research la sikit kegunaan mesin ni... hasilnya adalah pengeraman dan penetasan.... hmmm... bermulalah idea gila tu... tapi, ghasanya ok jugaa.... Rugi KPM bagibarang ni tapi tak digunakan...... dapat juga budak tu ilmu......

    ini telur dah fasa ke 3 untuk tahun 2011.... fasa 1/11 menetas 11 ekor, fasa 2/11 menetas 10 ekor.... fasa 3... tunggu jumaat nie...
    cara penetasan.... cari kat internet... nie mesin penetasan...
    apapun.... semoga semua usaha mencari ilmu sentiasa berkembang di SMKIS..... untuk panitia sains... kita ada 5 projek bukan P&P untuk pelajar join..... Taman herba, roket air, kereta solar,penetasan ayam, dan saintis muda.... semoga berjaya untuk semua....


    Wednesday, March 2, 2011

    Bau badan busuk

    MASALAH ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.
    Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine.
    Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

    Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.

    Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

    Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.
    Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

    Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

    Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

    Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

    Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

    Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau.

    Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri.

    Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi dengan melakukan senaman meditasi seperti yoga.

    Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.

    Info: Cara mengawal bau badan

  • Kerap mandi

  • Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar

  • Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)

  • Berhenti merokok



  • Sumber: www.bharian.com.my

    Tuesday, March 1, 2011

    Komputer bebas virus

    Apakah langkah terbaik yang perlu diambil untuk memastikan komputer bebas daripada virus?.

    Ini kerana sering berlaku keadaan membabitkan sesebuah komputer yang telah dilengkapi perisian anti virus tetapi masih berhadapan dengan masalah serangan virus.

    Beberapa langkah yang boleh diambil

    * Pastikan anda menggunakan filem, lagu, permainan, perisian atau program komputer yang tulen.

    Ini termasuk bahan yang mengandunginya seperti DVD, CD dan lain-lain.

    Berkemungkinan besar bahan-bahan yang tidak tulen tersebut juga mempunyai virus komputer.

    * Sentiasa mengemaskini Windows dengan Windows Update pada laman web Microsoft.

    * Sentiasa mengemas kini enjin atau program kemas kini perisian anti virus yang digunakan.

    * Buat salinan pendua konfigurasi Windows menggunakan Systems Restore.

    Namun ia tidak kebal kepada virus tetapi hanya beroperasi seperti biasa dalam masa tertentu sebelum kembali kepada keadaan yang di serang virus komputer.

    * Tidak memuat turun program-program komputer yang dicurigai di Internet atau dalam e-mel. Sekiranya mahu memuat turun program komputer itu juga, ia perlu diimbas terlebih dahulu menggunakan perisian anti virus yang telah dikemas kini. Elakkan daripada program-program perkongsian fail P2P seperti Torrent dan Kazaa kecuali anda tahu dari mana fail tersebut di muat turun

    * Melayari Internet dengan selamat. Pelayar web yang digunakan seperti Mozilla, IE dan sebagainya perlu dikonfigurasikan dengan selamat dan betul di bahagian fungsi sekuriti seperti sentiasa tidak membenarkan pop-up Windows atau tetingkap terbuka.

    * Sentiasa mengimbas program atau fail komputer yang diperolehi daripada luar dengan perisian anti virus yang telah dikemas kini seperti cakera Flash USB, disket, CD, DVD dan sebagainya .

    * Pasang program firewalls persendirian atau personal firewall untuk menambah baik sistem perlindungan komputer anda tetapi ia perlu dikonfigurasikan dengan baik.

    Dalam Windows sudah terdapat program tembok api ini yang dikenali sebagai Windows Firewall. Program-program yang lain adalah seperti Zone Alarn, Sygate dan lain-lain.