menjana pendapatan dengan blog

Sunday, October 16, 2011

Karbon Dioksida yang merbahaya.....

Pagi 23 Ogos 1986, seorang pengembara berlegar-legar di sebuah perkampungan yang terletak di pinggir tasik Nyos, cameroon. Di sebalik keindahan tasik yang airnya menghijau dan dipagari bukit bukau, pengembara itu tertanya-tanya, ke mana perginya penduduk kampung tersebut?

Tiada seorangpun yang kelihatan. suasana sunyi sepi. gelak ketawa kanak-kanak bermain pun tidak kedengaran langsung. jalan-jalan kecil di sepanjang kampung itu juga sunyi sepi. Apabila pengembara itu menjengah ke sebuah rumahdia terkejut kerana melihat beberapa orang penghuninya tersembam di lantai tidak bernyawa lagi. Beberapa orang lagi terlentang di atas katil, juga sudah meninggal dunia. Di rumah-rumah lain pun begitu.

Berdasarkan maklumat pengembara itu, pihak berkuasa tempatan segera menghantar pegawainya ke Tasik Nyos. Pemeriksaan itu mendapati, bukan hanya manusia, malah semua haiwan di kampung-kampung sekitar tasik berkenaan turut terkorban. Malah di sebuah kampung, hanya dua orang sahaja yang selamat daripada 700 orang penduduknya.

Menurut penduduk tersebut,tragedi itu bermula pada malam 21 ogos selepas letupan kuat seperti guruh berdentum. Bumi terasa bergegar. keesokan pagi dia mendapati ahli keluarganya dan seluruh penduduk kampung sudah meninggal dunia.

    APAKAH YANG BERLAKU??????

Tasik Nyos memang indah, tapi ia sebenarnya mulut sebuah gunung berapi. bubyi "GURUH" yang didengar itu adalah bunyi letupan gunung berapi yang berlaku di bawah tasik. letupan itu tidak memancutkan lahar mahupun debu seperti yang lazimnya berlaku, sebaliknya membebaskan gas karbon dioksida yang membuih dan meruwap dari dasar tasik Nyos.

Disebabkan oleh perubahan tekanan atmosfera, gas tanpa bau dan warna itu tidak terpeluap naik ke udara, tetapi tersebar ke kawasan sekitar lalu membunuh para penduduk yang sedang tidur lena. Dianggarkan 1,700 nyawa tekorban dalam tragedi itu.

No comments:

Post a Comment