menjana pendapatan dengan blog

Saturday, October 29, 2011

Lagu Puteri Islam

 

Di sini adalah lagu Pasukan Puteri Islam malaysia..... sila download di link di bawah....

Lagu Pasukan Puteri Islam malaysia

Lagu-Lagu pasukan Kadet Sekolah...

hmmmmm.... pada 2011.... saya ditugaskan sebagai penyelaras pasukan unit beruniform di SMKIS.... satu permasalahan yang dihadapi adalah betapa sukarnya mendapatkan maklumat setiap unit beruniform ini.... so, saya lakukan sedikit searching di internet dan sumber-sumber lain.... dan .... hasilnya dapat juga beberapa maklumat yang berguna untuk dikongsi bersama oleh semua pendidik.... serta pelajar..... insyaalllah saya akan cuba cari skripnya sekali....... thanks atas segala sokongan......

Lagu Kadet bomba



Di sini juga saya linkkan lagu Pasukan Kadet bomba..... tapi dalam bentuk  video....fail flv..... tak sempat nak convert dalam bentuk mp3..... sori....  boleh download daripada link di bawah....

Lagu kadet bomba

lagu Kadet Polis




Sebelum ini saya telah memasukkam lagu kadet-kadet lain.... baik.... di sini saya letakkan lagu kadet polis untuk semua ahli dan guru-guru kadet polis..... klik di link di bawah....

Lagu Kadet Polis

borang-borang berkaitan kadet polis 

Friday, October 21, 2011

klik Sains terbaru set 5....

Set soalan terbaru.... set 5 boleh didapati dengan klik link di bawah....... sekiranya ingin mendapatkan set21 terdahulu boleh lihat di bahagian "label" Kliksains di bahagian tepi blog.... lihat semua set yang ada..... kemungkinan anda akan mendapat warning virus apabila mendownload..... jangan risau.... ia bukanlah virus dan bebas daripada virus..... cuma ianya adalah perisian flash..... selamat menjawab dan semoga berjaya SPM 2011.....

kliksains SET 5  (new)

kliksains SET 6 (new)

Tuesday, October 18, 2011

Peribahasa Melayu 2

Sabar penghilang penat, tekun pembawa berkat seseorang yang bekerja dengan sabar dan tekun akan membawa kejayaan.


Badak makan anakmembuang anaknya sendiri.


Badai pasti berlalu - Kesusahan hidup pasti akan berkurangan dan akhirnya akan hilang.


Badi dalam pembelah batang - Orang kepercayaan yang sering merugikan kita.


Bagai air dalam pembuluh - Telah mencapai kata muafakat. 


Bagai alu pencungkil duri - Melakukan sesuatu yang tidak mungkin berhasil.


Bagai anak ayam kehilangan induknya - Bercerai berai kerana kehilangan tumpuan (pimpinan).


Bagai anak sepat ketohoran - Berbaring bermalas - malas.


Bagai anjing tersepit di pagar - serba salah.



Sunday, October 16, 2011

Karbon Dioksida yang merbahaya.....

Pagi 23 Ogos 1986, seorang pengembara berlegar-legar di sebuah perkampungan yang terletak di pinggir tasik Nyos, cameroon. Di sebalik keindahan tasik yang airnya menghijau dan dipagari bukit bukau, pengembara itu tertanya-tanya, ke mana perginya penduduk kampung tersebut?

Tiada seorangpun yang kelihatan. suasana sunyi sepi. gelak ketawa kanak-kanak bermain pun tidak kedengaran langsung. jalan-jalan kecil di sepanjang kampung itu juga sunyi sepi. Apabila pengembara itu menjengah ke sebuah rumahdia terkejut kerana melihat beberapa orang penghuninya tersembam di lantai tidak bernyawa lagi. Beberapa orang lagi terlentang di atas katil, juga sudah meninggal dunia. Di rumah-rumah lain pun begitu.

Berdasarkan maklumat pengembara itu, pihak berkuasa tempatan segera menghantar pegawainya ke Tasik Nyos. Pemeriksaan itu mendapati, bukan hanya manusia, malah semua haiwan di kampung-kampung sekitar tasik berkenaan turut terkorban. Malah di sebuah kampung, hanya dua orang sahaja yang selamat daripada 700 orang penduduknya.

Menurut penduduk tersebut,tragedi itu bermula pada malam 21 ogos selepas letupan kuat seperti guruh berdentum. Bumi terasa bergegar. keesokan pagi dia mendapati ahli keluarganya dan seluruh penduduk kampung sudah meninggal dunia.

    APAKAH YANG BERLAKU??????

Tasik Nyos memang indah, tapi ia sebenarnya mulut sebuah gunung berapi. bubyi "GURUH" yang didengar itu adalah bunyi letupan gunung berapi yang berlaku di bawah tasik. letupan itu tidak memancutkan lahar mahupun debu seperti yang lazimnya berlaku, sebaliknya membebaskan gas karbon dioksida yang membuih dan meruwap dari dasar tasik Nyos.

Disebabkan oleh perubahan tekanan atmosfera, gas tanpa bau dan warna itu tidak terpeluap naik ke udara, tetapi tersebar ke kawasan sekitar lalu membunuh para penduduk yang sedang tidur lena. Dianggarkan 1,700 nyawa tekorban dalam tragedi itu.

Saturday, October 8, 2011

peribahasa melayu....

saya letakkan lagi beberapa peribahasa melayu untuk yang berminat.....

Sabar penghilang penat, tekun pembawa berkat - seseorang yang bekerja dengan sabar dan tekun akan membawa kejayaan.

saga di atas talam - orang yang berakal selalu mengerjakan sesuatu dengan bijaksana.

salah cotok berkerudung paruh, salah telan belah perut - memberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan.

sama lebur sama binasa - seia sekata sehidup semati.


sama naik sama gelombang, sama turun bak kapecong - keadaan dua kejadian yang sama.

salah makan memuntahkan, salah tarik mengembalikan, salah langkah surut kembali - segera melakukan kebaikan bila mengetahui ada kesalahan.

Monday, October 3, 2011

Peribahasa jangan dibuang

ingin saya selitkan beberapa peribahasa dengan maksudnya agar sama-sama menjadi panduan..... kalau maksudnya kurang tepat, mohon reply.....

Bayang-bayang disangka tubuh - dipermainkan perempuan, mengharap yang tidak pasti

usahlah aku dipandang endah, ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang - pura-pura kasih

hidung dicium, pipi digigit - Cinta palsu

Mabuk di enggang lalu - Orang tak sudi, kita yang hendak

Mengadu air dengan garam - Cinta yang sia-sia

Merak kayangan - Wanita cantik yang diidamkan tetapi tidak mungkin dapat dimiliki

Putih mata kerana memandang - hiba kerana rindu

bagai menjaga permata intan ketika dicanai - kasih sayang yang tiada bandingnya

kasih sepantun tulisan pinggan - Kasih yang abadi

badan dapat dimiliki, hati takkan dapat dimiliki - Kasih sayang tidak boleh dipaksa

semoga bermanfaat untuk semua............

iyo ko taik Tu????

Sedang pak pandir berjalan-jalan pada suatu pag, dia terpandang satu benda bewarna kuning di atas tanah. Hampir sahaja dia terpijak benda itu, tapi nasib baik dia perasan.

"Warna macam taik, bentuk macam taik, tapi betul ke benda ni taik??" kata pak pandir sendirian. lalu membongkok.

"isy, rasa-rasanya betullah taik. tapi kalau betul-betul taik, tentu rasanya busuk. baik aku cium sikit." lantas pak pandir mendekatkan hidungnya pada benda kuning yang selonggok itu, dan menghidunya.

"Uwekk... bau macam taik!!! rengus Pak Pandir sampai termuntah. Tapi Pak pandir masih tak puas hati. Dia masih ingin tahu, betulkah benda kuning selonggok atas tanah itu taik???

"Warna macam taik, bentuk macam taik, bau macam taik. tapi betul ke taik?? baik aku rasa sikit." lalu sambil mencangkung, Pak pandir pun mencolek benda kuning itu dengan telunjuknya. PLUP, lembik aja bila dicolek. Lalu Pak pandir suap ke dalam mulutnya.

"Uwekk!!!! ptuih!!!Ptuih!!!" pak Pandir termuntah lagi, kali ini termuntah hijau pula.

 "Cih, memang taik, nasib baikaku tak terpijak!!!" katanya lalu menyambung perjalanan ke rumah lebai Malang...

jangan jaadi macam pak pandir ye....