menjana pendapatan dengan blog

Saturday, April 30, 2011

MAKLUMAN.... PERKHEMAHAN PASUKAN KADET KOREKSIONAL PERINGKAT NEGERI PAHANG

InsyaAallah... kita akan mengadakan Perkhemahan Pasukan Kadet Koreksional Peringkat Negeri Pahang pada 3-5 Mei Ini bertempat di Kem TanGo ( tanjung Gosong - Pekan) dijangka seramai 80 pelajar terlibat dari 2 buah sekolah iaitu dari SMK Indera Shahbandar dan SMK Seri Pekan, Pahang.... diharapkan dengan pertkhemahan ini akan memberikan manfaat kepada semua peserta bagi persediaan anda untuk Perkhemahan Pasukan Koreksional Peringkat kebangsaaan yang dijangka pada 20 jun nanti........

Sunday, April 17, 2011

Karnival sains SMKIS dan Daerah pekan...

hmmm..... baru-baru ini,.... tak baru jugalah.... 28 /3/2011 dulu... SMKIS telah mengadakan karnival sains, matematik dan VOTEK peringkat daerah pekan.... saya tak sempat nak upload cerita dan gambar.... tak sempat...... hm... nanti kalau berkesempatan saya masukkan ceritanya.....

Catur MSSD Pekan

hmmm.... hari khamis lepas.... SMKIS ada menghantar wakil bagi menyertai pertandingan Catur untuk mewakili sekolah peringkat daerah pekan.... baru kali pertama menghantar wakil...... hmmmmm.... ada beza bagi pencapaian catur dan sukan-sukan lain..... kalau sukan lain..... pemenangnya adalah mengikut sekolah, bagi catur, pencapaian adalah mengikut individu.... ada ranking untuk semua peserta... ini bermakna, umtuk berada pada ranking yang baik, peserta perlu sentiasa menang.... dan kalau kalah punnn.... biarlah pusingan yang kemudian.... kali ini Pekan melaksanakan 6 pusingan bagi setiap peserta... oleh itu peserta perlu bemain sebanyak 6 kali pada satu hari.... memang berat juga kot.... hmmmmm..... bagi SMKIS... pencapaian agak baik bagi penyertaan pertama kali.... kita hanya  menghantar sebanyak 4 peserta iaitu 2 pelajar dalam kategori perempuan bawah 15 dan 2 pelajar bawah 18.... bagi perempuan bawah 15, pencapaian terbaik adalah di ranking ke-7...Wan Mas Salamah .... (ada medal)....hmmmm.... kira ok laaaa.... bagi lelaki bawah 18, pencapaian terbaik adalah ranking 16.. Mohd Zulhakimi..... kira ok laaa...... bangga dia dapat kalahkan budak MRSM.... hmmmmm.... tahniah pada semua peserta..... pada MSSD Pekan kali ini.... pencapaian terbaik didominasi oleh MRSM, SHAH,SBPI Pekan (SBT) dan SMK Ahmad... kira ok jugalah pencapaian pelajar SMKIS.... paling menarik perhatian saya.... pelajar dari SMK Chini Timur.... ada bakat di sana yang perlu ditonjolkan..... Tahniah pelajar SMK Chini Timur.... apapun.... tahniah kepada penganjur..... SMK Paloh Hinai.... cikgu Azizan (GPK KOKO).... menyediakan venue pertandingan dengan amat cemerlang...... apapun.... good luck kepada pasukan Catur Daerah Pekan.... agar mendapat tempat yang menarik di peringkat negeri dan Kebangsaan.... insyaallah.....

tumpuan yang penuh......
bilik berhawa dingin....

sapa yang menang agaknya....

Thursday, April 7, 2011

keunikan 2011

tahun ini kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11..... bukan itu sahaja...... cuba ambil dua nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambahkan dengan umur kita pada tahun ini.... keputusannya adalah 111...!!!

contoh: kita lahir pada tahun 1980.... bermaksud kita telahpun berumur 31 tahun... 
  cara kira... 80 +31 = 111.... hmmmm.... cuba pulak dengan tahun lahir sendiri....
selamat mencuba....

selain daripada itu..... 2011 juga menunjukkan  bahawa...pada bulan oktober akan ada 5 kali hari ahad, 5 kali hari isnin, dan 5 kali hari sabtu..... ini hanya akan terjadi sekali setiap 823 tahun....tahun seperti ini bermaksud tagun berkekayaan.... hmmmmmm......

menarik juga fakta nombor tu yek????? hmmmm...

Friday, April 1, 2011

Amalan makan buah-buahan sebelum hidangan bantu kurang berat badan, hindari penyakit

Kawal selera

pix_gal0

MAKAN buah-buahan sebelum makan makanan berat adalah tabiat yang baik, tetapi yang lazimnya berlaku, buah sering dijadikan sajian pencuci mulut atau hidangan terakhir selepas makanan utama.

Hakikatnya, mendahulukan buah-buahan adalah baik berdasarkan konsep mengalas perut kerana ia tidak menjejaskan kepadatan tenaga makanan dan pengambilan tenaga menyeluruh biarpun seseorang itu dalam fasa menyekat pengambilan kalori.

Malah, ada bukti klinikal yang menunjukkan bahawa penurunan berat badan yang ketara dapat dicapai bila individu dapat mengalas perut dengan tenaga yang rendah kepadatannya (misalnya buah) sebelum makan makanan utama.

Menurut Pakar Khidmat Diet dan Pemakanan Hospital Columbia Asia Cheras, Cindy Chua Shiu Sinn, buah-buahan dapat membantu individu mengisi perut selain mengurangkan jumlah suapan sepanjang waktu makan.

“Pada masa kini, kurang kajian yang dijalankan bagi menyelidik hubungan secara langsung antara pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan berat badan. Namun, dalam kajian pengurusan penyakit kronik, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dianggap sebagai bahagian penting dalam pengurusan penyakit secara keseluruhan (termasuk penurunan berat badan dan untuk tujuan penyelenggaraan berat badan),” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Individu tidak boleh menyekat apa yang mereka ambil berdasarkan kalori semata. Dan rasa kenyang adalah satu alasan untuk seseorang berhenti makan.
Kata Chua, pada tahap kalori yang sama, kepadatan makanan bertenaga rendah seperti buah-buahan, menyediakan jumlah makanan yang lebih besar. Ini dapat membantu seseorang merasa cepat kenyang semasa makan sambil mengambil jumlah kalori yang lebih rendah.

“Air dan serat boleh meningkatkan jumlah makanan dan mengurangkan kepadatan tenaga. Dalam keadaan semula jadi, buah-buahan mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi. Oleh itu, buah adalah sumber baik yang rendah dalam kalori dan kepadatan tenaga,” katanya.

Jelas Cindy, penyelidikan menunjukkan bahawa buah-buahan boleh meningkatkan rasa kenyang terutama bila diambil secara menyeluruh. Jika dibandingkan secawan 250 mililiter jus oren yang menyediakan 88 kalori dengan buah oren dengan hanya 37 kalori, lebih baik dimakan buah oren yang juga mengandungi lebih banyak lagi serat dan mampu mengenyangkan.

“Semua jenis buah-buahan boleh diambil sebelum makanan berat tetapi sebaik-baiknya buah yang segar. Serat dapat mendorong bahan makanan tadi melalui sistem pencernaan dan memberikan jumlah yang konsisten setiap kali membuang air,” katanya.

Bagaimanapun, kata Chua, sebelum makan makanan berat, elakkan makanan yang ada kepadatan tenaga yang tinggi yang biasanya merujuk makanan tinggi lemak atau gula. seperti makanan manis, hidangan makanan segera dan gula-gula.

INFO: Khasiat buah-buahan

  • Sumber baik untuk sistem pencernaan kerana kaya serat.

  • Perlu diambil sekurang-kurangnya 30 gram serat sehari.

  • Bantu kurangkan risiko penyakit termasuk jantung atau kanser usus


  • sumber : www.bharian.com.my