menjana pendapatan dengan blog

Friday, February 25, 2011

Dah sampai ipoh belum?

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet
sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya..
"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus
bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni..
nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam..
dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan
menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi,
dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi..
semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di
Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor
Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian..
bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun
merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju
ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai
di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun dan berkata.. "Oh
sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg pakaiannya dan
mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah
kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan. "Tidak lah.. mama
saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus
ni!"

Thursday, February 24, 2011

Senarai penuh program klik sains

Di sini saya letakkan update terkini program klik sains.... anda boleh mendapatkan program klik sains melalui link di bawah...

Tingkatan 4
bab 1 (Koordinasi badan)
bab 2 tingkatan 4 (variasi)
bab 3 tingkatan 4 (jirim dan bahan)


Tingkatan 5
bab 1 ting 5 (mikroorganisma)
bab 2 ting 5 (nutrition)

Saya akan tambah di sini dari semasa ke semasa....

hmmm... terlupa pulak nak bagitau... untuk laksanakan program ini, komputer anda harus mempunyai program flash player..... version.. tak kisah... untuk download flash player boleh pakai link ini... www.download.com dan search flash player....

Wednesday, February 23, 2011

Klik sains Bab 2 tingkatan 4

Saya baru sahaja siapkan soalan kliksains bab2 bagi tingkatan 4 ... variasi.... harap anda boleh download di link di bawah....

klik sains bab 2 tingkatan 4 (variasi)

kalau boleh, setelah buat latihan tersebut, boleh isi borang di dalam website ini di bahagian bawah sebagai analisis saya... terima kasih...

Monday, February 21, 2011

Klik sains Tingkatan 4

saya baru siapkan soalan bagi tingkatan 4 klik sains untuk persediaan anda menjelang ujian bulan mac... sila download dan isikan borang yang diberikan di kelas nanti....anda boleh download melalui link ini.... semoga berjaya....

Sunday, February 20, 2011

Bahaya seks usia muda



Sedarkah anda dalam tempoh sesingkat empat minit nyawa seseorang wanita di rantau Asia Pasifik melayang? Semuanya bahana kanser pangkal rahim yang meragut sejumlah 500,00 nyawa di seluruh dunia setiap tahun. Dalam konteks Asia , sekurang-kurangnya 266,000 disahkan menghidap kanser ini setiap tahun dengan 143, 000 kematian. Di negara-negara membangun, hanya 41 peratus daripada wanita berpeluang mendapatkan rawatan seandainya mereka ingin terus hidup. Realitinya pakar-pakar perubatan juga tidak seratus-peratusnya pasti terhadap punca sesuatu penyakit. Keadaan itu merupakan kenyataan yang memeritkan.
Di Malaysia, 10.5 peratus wanita meninggal dunia akibat kanser ini dan 80 peratus pesakit dikesan pada tahap akhir.
Kebanyakan kes kanser pangkal rahim disebabkan sejenis virus yang dikenali sebagai Human Papilloma Virus (HPV). Ia disebarkan melalui hubungan seks. Virus itu akan menyerang sel-sel pada rahim sebelum menyebabkan perubahan pada sel-sel selular dan menjadi berbahaya.
HPV ialah satu kumpulan virus yang terdiri daripada lebih 100 virus saling berhubung kait. Ia juga dipanggil papillomaviruses kerana sesetengah daripada jenis virus itu boleh mengakibatkan ketumbuhan atau papiloma yang tidak berbahaya. Misalnya, virus yang menyebabkan kutil biasa di tangan dan kaki.
Namun, ia akan menjadi berbahaya apabila ketumbuhan berlaku di bahagian tengkorak atau genital (organ pembiakan).
Sekiranya dirawat jangkitan HPV akan hilang begitu sahaja tanpa meninggalkan kesan penyakit yang berisiko meragut nyawa.
Tetapi pendedahan lama tanpa merujuk kepada doktor akan menyebabkan perubahan dalam sel. Inilah yang meningkatkan risiko wanita terdedah kepada kanser pangkal rahim.
Menjelaskan tentang kanser pangkal rahim, Pakar Runding Obstetrisian dan Ginekologi Pusat Perubatan Pakar Pantai Klang, Selangor, Dr. S. Jeevaretanam berkata, mereka yang sering bertukar pasangan seks berisiko dijangkiti HPV.
Selain itu, mereka yang melakukan hubungan seks seawal usia 16 tahun turut berisiko.
"Wanita yang mempunyai tabiat merokok, melakukan hubungan seks dengan lelaki yang sering bertukar pasangan, penggunaan kontraseptif oral dalam jangka masa yang lama dan obesiti antara berisiko dijangkiti HPV. Bagaimanapun, terdapat vaksin untuk mencegah jangkitan virus tersebut yang sekali gus mencegah serangan kanser pangkal rahim.
Ia juga dapat mencegah lebih daripada 70 peratus jangkitan virus dan kanser itu," tambahnya.
Dalam pada itu, timbul juga isu sama ada pemberian vaksin HPV secara percuma untuk pelajar berumur 13 tahun menggalakkan seks usia muda.
Kementerian Kesihatan dan badan bukan kerajaan berusaha memberi kesedaran kepada rakyat tentang kanser ini.
Vaksin HPV sebenarnya mampu bertahan sekurang-kurangnya 20 tahun sebagai pencegahan awal.
Selain mengambil vaksin yang sesuai untuk mencegah jangkitan virus HPV, pemeriksaan Pap Smear juga digalakkan supaya langkah pencegahan diambil lebih awal. Dr. S. Jeevaretanam menjelaskan, pemeriksaan Pap Smear adalah kaedah mudah melihat sebarang perubahan pada sel-sel yang dalam pangkal rahim.
"Semua wanita digalakkan melakukan ujian Pap Smear diikuti pemeriksaan pelvik. Ujian tersebut perlu dibuat dalam tempoh masa tiga tahun setelah mempunyai hubungan seksual ataupun sudah pun berusia 21 tahun.
Ujian seperti itu merupakan perlindungan terbaik bagi menghalang wujudnya virus yang mengakibatkan kanser untuk jangka masa panjang," tambahnya.

Sumber: www.utusan.com.my

Saintis ramal asteroid Apophis seberat 25 tan hentam bumi seawal 2029



JIKA mengambil kira pandangan saintis Barat bahawa kiamat bakal terjadi akibat bumi dihentam asteroid, penduduk planet ini sudah tidak punya banyak masa untuk bersedia berdepan dengan malapetaka paling dahsyat itu.

Ia disebabkan sudah banyak kali bumi terselamat dan mengelak daripada menjadi sasaran pelanggaran asteroid. Malah, tanpa disedari sejak awal bulan ini, sudah lebih 40 objek berhampiran bumi yang ditemui dan dicatatkan, termasuk ancaman tahi bintang yang melintasi bumi tetapi dapat ‘ditepis.’
Namun, apakah kemungkinan bumi untuk terus bernasib baik daripada ancaman asteroid atau merujuk batu atau himpunan batuan pejal bahan logam besi atau nikel yang dalam, pelbagai saiz ini termasuk batu gergasi?
Terbaru, saintis Russia - Leonid Sokolov daripada Univesiti St Petersburg, meramalkan bumi bakal dihentam asteroid Apophis pada 13 April 2036. Ini bukan kali pertama ramalan impak maut bakal dicetuskan Apophis kerana pada 2004, saintis Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) meramalkan asteroid ini akan menghentam bumi pada 2029. NASA turut meramalkan pertembungan hampir Apophis-bumi pada 2068.

Ringkasnya, berdasarkan kedua-dua ramalan itu, hayat bumi didakwa mereka cuma tinggal antara 18 - 25 tahun kerana impak Apophis boleh meragut jutaan nyawa selain mencetuskan kekalutan di seluruh dunia.

Menurut ramalan saintis Russia itu, asteroid sepanjang 270 meter, ukur lilit 330 meter itu dan ketinggian bangunan 90 tingkat dengan berat sekitar 25 juta tan, itu bergerak pada jarak 37,014 kilometer sejam dan dianggarkan merentasi lohong graviti pada 2029 lalu melanggar bumi tujuh tahun kemudian.

Ketua Program Objek Menghampiri Bumi NASA, Deo Yeomans, berkata pengiraan lebih tepat laluan Apophis dalam tempoh beberapa tahun sudah pasti menyaksikan usaha pakar mengeluarkannya daripada mana-mana kemungkinan perlanggaran dengan Bumi pada 2036.
“Kemungkinan senario yang berlaku adalah Apophis akan menghampiri bumi pada akhir 2012 dan awal 2013. Namun, kehadirannya pasti dipantau hebat deretan teleskop optikal di daratan serta sistem radar sofistikated.

“Andai ia berada di laluan membahayakan, NASA akan bertindak menggunakan kelengkapan serta peralatan bagi mengubah laluan Apophis dan sekali gus mengurangkan ancamannya menghentam bumi,” kata Yeomans.

Ibarat menghangatkan lagi permusuhan AS dan Russia menawan cakerawala, Ketua Agensi Angkasa Lepas Russia, Anatoly Perminov, pula menegaskan kemungkinan mengerah sebuah angkasa lepas bagi memusnahkan Apophis. Malah, penyelidik NASA, Agensi Angkasa Lepas Eropah dan China juga akan dipelawa menyertai misi Apophis.

Dengan nada optimis, Perminov mengiyakan ancaman Apophis dengan mendakwa nyawa penghuni bumi kini terancam.

“Kita perlu mewujudkan satu sistem yang akan membenarkan kami menghalang satu perlanggaran, berbanding hanya duduk dan menunggu apa yang akan berlaku dan membunuh ramai,” kata Perminov.

Ketika saintis dua negara itu terus bertikam lidah mengenai ancaman Apophis, ada beberapa lagi laporan penemuan asteroid yang berhampiran bumi. Terbaru, juga awal bulan ini, penemuan apa dikenali asteroid berpotensi bahaya (PHA) yang baru diumumkan dan kali ini ia juga melepasi bumi dengan selamat.

Asteroid yang dilabelkan sebagai CU46 cuma 505,000 kilometer tersasar daripada laluan bumi tetapi masih dianggap sebagai terlalu hampir dalam terma astrologi. CU46 mempunyai keluasan diameter 20 meter hingga 50 meter dan objek ini berkemungkinan besar menghasilkan bebola api gergasi dan memberikan kerosakan besar jika berlanggar dengan bumi di kawasan padat.

Di sebalik ramalan maut dilontarkan saintis Russia dan Barat, ada baiknya dikaji kepentingan asteroid kepada manusia. Ini termasuk statusnya sebagai sumber asal usul sistem solar atau suria. Ini berikutan material dalam asteroid itu mewakili pembinaan blok dalam planet dan sekali gus membolehkan .

Timbalan Penyiasat Misi Dawn NASA, Carol Raymond, berkata kewujudan asteroid juga akan membantu manusia lebih memahami asal usul kehidupan. Saintis tidak tidak memahami sepenuhnya bagaimana kehidupan pertama terbentuk daripada bahan organik bukan kehidupan dan asteroid mungkin membantu mereka mempelajari lebih banyak benda.

Sesungguhnya manusia cuma menunggu masa sebelum pengumuman dibuat mengenai Bumi akan berdepan impak daripada asteroid yang cukup besar menyebabkan kerosakan teruk. Inilah sebabnya mengapa lebih banyak kajian perlu dibuat mengenai objek itu - bagi membantu mendalamkan pemahaman dengan harapan memberikan kita pilihan pertahanan lebih baik.

Laser tangkis ancaman

PELBAGAI idea dan kaedah diketengahkan dalam usaha mengelak bumi dilanggar asteroid. Antaranya, laser yang dikatakan boleh digunakan untuk memesongkan laluan asteroid yang berpotensi bertembung dengan bumi.

Berita ini mungkin satu kelegaan kepada pakar kaji bintang yang menunggu penuh debar ancaman Apophis atau asteroid gergasi yang diramal menghampiri bumi pada 2029 dan 2036.

“Walaupun hentaman berkemungkinan besar tidak berlaku, ia masih berpotensi memberikan malapetaka buruk,” kata Prof Madya Gregory L Matloff dari Kolej Teknologi New York.

Penyelidikan pakar fizik itu menyatakan laluan Apophis boleh dialihkan dengan memanaskan permukaannya untuk mencipta pancutan arus, yang akan mengubah laluannya dan menyebabkannya tersasar.

Pasukannya sedang menghasilkan pengumpul solar - solar dua sauh untuk bertindak sebagai pemekat cahaya matahari, membakar sebahagian permukaan dan menghasilkan pancutan arus.

“Bagi melakukannya, penting untuk mengetahui sedalam mana diperlukan cahaya untuk menembusi permukaan objek berhampiran Bumi (NEO). Pancaran yang menembusi terlalu dalam akan memanaskan asteroid.

“Namun pancaran yang menembusi pada kadar mencukupi, mungkin satu persepuluh milimeter akan menghasilkan arus yang boleh dikemudi dan mencapai matlamat memesongkan asteroid,” katanya.

Matloff dan pasukannya membuat uji kaji dengan laser merah dan hijau untuk melihat sedalam mana mereka dapat menembusi batu asteroid, menggunakan contoh daripada tahi bintang Allende yang jatuh di Chihuahua, Mexico pada tahun 1969.

Dalam satu kajian berkaitan, seorang lagi pakar fizik, Prof Madya Lufeng Leng, menyempitkan sinaran laser merah dan mengimbas permukaan nipis contoh itu, dan mendapati perbezaan dalam kedalaman cahaya yang dipindahkan wujud, bergantung kepada kandungan material pada laluan yang dilalui sinaran itu.

Hasil kajian merumuskan laser yang disasarkan daripada kedudukan angkasa lepas berhampiran NEO boleh membantu menentukan kandungan permukaan. Menggunakan maklumat itu, teknologi solar boleh memberi tumpuan lebih tepat sinaran matahari untuk menembusi permukaan asteroid dan kedalaman bersesuaian, memanaskan pada suhu tepat untuk menghasilkan pancutan arus yang akan memesongkan asteroid.

Sumber: Bharian online :www.bharian.com.my

Saturday, February 19, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMKIS

SMK Indera Shahbandar telahpun mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah dengan amat meriah dan bermakna sekali... berbagai program telah diadakan antaranya adalah perarakan,pertandingan dan ceramah agama... antara gambar-gambar maulidur rasul....
 Perarakan daripada guru, ada sepanduk juga.... tapi tak masuk pertandingan kalau masuk bole menang tak??? nanti... kalau sempat, saya uploadkan sepanduk bagi semua unit.... setakat nie tak sempat.....nanti kita undi sepanduk paling menarik orait tak???
 pelajar SMKIS bersama sepanduk unit beruniform masing-masing...

Kenali Buasir -Usus besar terkeluar drpd dubur


Faktor Penyebab Buasir
# meneran ketika membuang air besar
# duduk terlalu lama di dalam tandas
# cirit-birit yang teruk atau sembelit
# kegemukan
# mengandung
# golongan berumur kerana salur darah semakin lemah

Pencegahan Buasir

* Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.

* Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.

* Makanan tambahan berasaskan fiber seperti Metamucil dan Citrucel membantu melegakan simptom dan pendarahan buasir .Produk ini melembutkan tinja dan memudahkan ia keluar. Jika anda menggunakan makanan tambahan tersebut ,pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,jika tidak anda akan mengalami sembelit atau menyebabkan sembelit bertambah teruk.

* Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.

* Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya,tinja akan kering dan susah dikumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.

* Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.

* Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.

Warga SMKIS

Bersempena sambutan maulidur Rasul peringkat sekolah jumaat lalu, kelab fotografi ada mengambil gambar warga SMKIS daripada pentadbir sehinggalah kepada pekerja swasta.... untuk pelajar, belum lagi... insyaallah, nanti cadangnya nak buat juga..... apapun di sini saya letakkan gambar bagi warga SMKIS 2011...

                                   Barisan Pentadbir SMKIS 2011

Dari Kanan : En. Mustafa Omar (GK Bahasa),En Abd Aziz b. Kamaruddin (GPK KOKO), En. NorHisham bin Rani (GPK 1), Hjh Umi Kalsom bt. Abd Aziz (Pengetua), Pn. Faridah bt. Ali (GPK HEM), Pn. Suzilawati bt Abd Latif (GK Votek), En. Shahir bin Seni (GK Sains & Matematik)... Tiada En. Nadzri bin Abd Latif (GK kemanusiaan).

                                    Barisan Pentadbir dan guru SMKIS 2011

Dari kiri (berdiri) : Md. karimi, Mohd Nadzrin, Mohd Adzrul,A'si, Zamri, Romzi,Farizal,Rahim,Saadan,Azman,Zaifol Bahrizan, Eddy mohd Sahlan,Shuaimi.
Dari Kiri (berdiri) :Pn. Norzilah,Pn. Azizah,Pn. Hasnita, Pn. Azrina,PnShariza fazliana,Cik Nik Munirah, Cik Azlina,Pn. Nik Ruslina,Pn. Saraja,Pn. Mahani,Pn. Roslina, Pn. Dahlia,Pn. Siti Fatimah,Pn. fadillah,Pn. Norasyikin, Cik Norasyikin.

                               Barisan Pentadbir dan Staf Sokongan SMKIS 2011

    barisan pentadbir dan pekerja Swasta 2011

Semoga Barisan Keluarga SMKIS akan memantapkan sekolah bagi mencapai Visi sekolah " Menjadi Sekolah Cemerlang Daerah Pekan Menjelang Tahun 2012".

Friday, February 18, 2011

Sukantara dan pra sukan SMKIS 2011

SMK Indera Shahbandar telahpun mengadakan sukantara dan pra sukan menjelang Sukan olahraga peringkat sekolah pada ahad ini (20 februari 2011).... ini antara gambar dan aksi sukantara dan pra sukan sekolah....



gambar ini diambil oleh professional... tahniah.....

GAMBAR KRIKET

Dulu saya ada janji kalau dapat gambar Kriket, saya ,masukkan... ok... saya dah dapat sedikit gambar kriket.... saya sertakan serba sedikit....
Tahniah kepada semua pemain Kriket SMK Indera Shahbandar di atas pencapaian cemerlang pada kemunculan pertama peringkat daerah Pekan..


Thursday, February 17, 2011

Keyboard Komputer

Terdapat pelbagai jenis keyboard yang terdapat di pasaran pada masa kini...namun begitu, fungsinya dan peranannya adalah sama bagi memasukkan input ke dalam sistem komputer. semua jenis keyboard menggunakan sistem kekunci yang sama iaitu QWERTY.. jika anda ingin mengetahui apa itu QWERTY, lihat papan keyboard anda, nahagian atas, mempunyai susunan huruf tersebut. namun begitu apakah perbezaan yang terdapat pada keyboard/papan kekunci?? antara perbezaan yang terdapat pada keyboard adalah bentuknya... bentuk ini direka bagi keselesaan penggunanya.... terdapat keyboard yang mempunyai pemuka yang kecil,  ataupun lebar seperti ini.Logitech Illuminated Ultrathin Keyboard with Backlighting Microsoft Natural Ergo Keyboard 4000  terdapat juga keyboard yang mempunyai kawalan suara dan bermacam lagi.... terdapat juga keyboard yang mempunyai nombor sahaja. (tidak mempunyai huruf)...
dalam perbezaan bentuk tersebut, perkara utama yang diambil kira bagi sesebuah komputer untuk pemasangan keyboard adalah sambungannya... pada masa lalu sambungan keyboard adalah menggunakan sambungan P... (dah takde jual dah sekarang... jadi bahan antik).... kemudian, sambungan PS2 (inipun dah tak banyak dijual lagi).... dan kebanyakan sambungan yang digunakan sekarang adalah menggunakan sambungan USB... Large Print Keys-U-See Computer Keyboard USB Wired (Yellow Keys with Black Jumbo Oversized Print Letters) for Visually Impaired Individuals, Low Vision, or Low Light for Seniors and People with Bad Vision! terdapat juga keyboard yang terus link dengan mouse.... iaitu sambung keyboard, mouse akan berfungsi secara wireless... macam nie...Logitech Wireless Desktop MK320 with Keyboard and Mouse zaman dah semakin maju.... apapun mengikut citarasa masing-masing.... hmmm... ada yang tanya saya, pasal komputer dia dah rosak keyboard... nak hantar kedai, baiki, RM 200.... saya rasa agak membazir memandangkan anda masih belajar, saya cadangkan anda beli sahaja keyboard menggunakan sambungan USB... baru RM25 (kalau yang ok....)... nak best lagi... pergi beli keyboard yang boleh gulung... (menggunakan material getah...) harga lebih kurang RM 40.... hmmmmm..... semoga mendapat sedikit pengetahuan.......

Tuesday, February 15, 2011

Cerita Hantu budak sekolah

Dulu kita dah tengok surat cinta budak sekolah... hmmm... kali ni cuba baca pulak cerita hantu yang ditulis oleh budak ni... agak-agak kalau anda yang tulis, lagi hebat tak???? apapun.... ni bukan hasil budak SMKIS..... hee...heee... kalau ada yang menarik macam ni... saya letakkan...

best tak???? memang menarik kan ???

Monday, February 14, 2011

Anak seorang doktor


Seorang doktor kelihatan bangga ketika puterinya yang masih kecil bermain-main dengan stetoskopnya.
“Ya, Tuhan, terima kasih banyak, puteriku pasti berbakat dan ingin mengikuti jejakku sebagai seorang doktor,” katanya dalam hati sambil tersenyum.
Anaknya kemudian mendekatkan stetoskop itu ke mulutnya dan berkata…..
“Selamat datang di McDonald’s. Encik mahu order apa?”
Doktor: Aduh..

3 Pesalah dengan hakim


Tiga lelaki, seorang ahli falsafah.. seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkap
atas kesalahan mengendap itik buat projek…

Lalu hakim berkata..
“kamu boleh menanyakan satu soalan kepada ku.. kalau aku dapat menjawab.. kamu akan ditahan
di penjara.. tapi kalau aku tidak dapat menjawab… kamu akan dibebaskan..

Ahli Falsafah mula berkata..
“Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates.. Jika Yang
Arif berjaya membawanya.. saya rela dihukum…”.

Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. lalu buku itu di
berikan kepada ahli falsafah untuk di sahkan…
“Ya benar sekali ini lah bukunya yang Arif…”
Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…

Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…
“Cuba jawab 1253x254-45557+(5454x25451) dalam masa 5 saat..”.
Sambil menekan kalkulator dengan pantas.. Hakim memberikan jawapannya.. dan ternyata tepat..
Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..

Giliran terakhir pergi kepada pelawak..
“Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!”. kata si pelawak..
Apabila kerusi disediakan.. pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat..
Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim..
“Yang Ariff.. dari lubang mana kentut saya tadi keluar?”

Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi..
hakim berkata…
“Kentut mu keluar dari lobang yang ketiga dari sebelah kanan ini..”.

“Salah!!!” Sebenarnya kentut saya dari lubangpunggungku ini !!!”.
Pelawak itu kemudian dibebaskan.

Sunday, February 13, 2011

Orang tua beristeri muda dan seksi



Ada seorang orang tua yang berumur 70 ++ duduk di tepi jalan sambil menangis. Kemudian seorang polis mendekatinya dan bertanya,

“Kenapa pak cik menangis ?” tanya polis itu.
Sambil menangis orang tua itu menjawab..
“Saya ada seorang isteri yang cantik sekali berumur 25 tahun, berambut perang, seksi, sangat mencintai saya, dan sekarang sedang menantikan saya di rumah.”
Polis tu kembali bertanya
“So apa masalahnya? kenapa pak cik bersedih??”
Dengan menangis semakin kuat orang tua itu menjawab:

“SAYA LUPA DI MANA RUMAH SAYA!!!! “