menjana pendapatan dengan blog

Monday, January 31, 2011

Harga seorang anak dan kereta..mana lebih berharga

ingatlah....marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak
keterlaluan..............

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia
sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. 


Ya... 


kerana kereta
itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya
gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan
sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari
si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta
yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si
bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"
 

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis
tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan

"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan !"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus
dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa
terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak
tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma
mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup
rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah
menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak
tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air
sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan
kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian
menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.. Pembantu
rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang
menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar
anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara
si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia
menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu
badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya
itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor
mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan
kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu
teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku
ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata
itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu
meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan
habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat
kedua-dua

tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke
wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua
menangis..

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam
linangan air mata..

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak
mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu
rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti
histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak
buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji
tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si
ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada
manusia dapat menahannya.

ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BEHARGA…

Terjemah

hmmm..... sambil-sambil tu nak iklan sikit..... bagi sesiapa yang mempunyai masalah untuk terjemahan.... ataupun mempunyai masalah nak baca note dalam bahasa lain seperti english... saya mungkin ada sikit penyelesaian... ada software yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut... terus dari word... tak perlu copy dan paste kepada google... kalau nak tukar kepada jawi lagi cantik..... kalau nak tengok website dia.... bole klik kat bawah nie...

translate...

tapi... kalau pakai broadband celcom ada problem sikit... selain daripada celcom takde masalah... kalau nak tempah melalui saya pun ok... harga istimewa saya bagi dengan pakej menarik....

Saturday, January 29, 2011

soalan tingkatan 2

saya juga telah menterjemah latihan / soalan bagi matapelajaran matematik tingkatan 2..... kepada para pelajar.... boleh download melalui link di bawah... jawapan pun saya sediakan.... jawapan tak penting... yang penting adalah cara kerja.....

Untuk penggal pertama dahulu - sehingga peperiksaan pertengahan tahun

BAB 1 TINGKATAN 2 -DIRECTED NUMBER
BAB 2 - SQUARE,SQUARE ROOT, CUBES, CUBES ROOT
BAB 3 - ALGEBRAIC EXPRESSION
BAB 4 - Linear_Equations
BAB 5 -Ratios_Rates_and_PROPORTION
JAWAPAN 

Saya harap anda boleh menggunakannya... dan semoga berjaya... 

Program Keceriaan Kelas

hmmm... program keceriaan kelas lepas latihan merentas UMP pun meriah....kat sini pun ada sikit gambar-gambar..... tahniah kepada semua pelajar.... memastikan kelas kita sentiasa cantik....
makmal sains juga tak ketinggalan...
Tahniah.... sekolah kita sentiasa ceria......

Friday, January 28, 2011

Selamat bercuti

Kepada semua Pelajar SMKIS.....
Selamat Bercuti selama seminggu.... sempena tahun baru Cina....

Jumpa lagi pada 7 februari 2011

Thursday, January 27, 2011

merentas UMP (SMKIS)

minggu lepas...SMKIS telah berjaya melakukan program merentas desa @ di SMKIS dikenali sebagai merentas UMP dan juga mengadakan aktiviti keceriaan kelas... tahniah kepada semua pelajar kerana memberikan kerjasama yang penuh sepanjang aktiviti tersebut dijalankan..... saya masukkan di sini sedikit gambar-gamber tersebut...
untuk perlepasan pelajar... Pengetua sendiri telah melepaskan pelajar.....

begitu bersemangat sekali... selain daripada itu, Pihak sekolah juga  mengadakan kerjasama dengan UMP (Universiti Malaysia Pahang)... wakil dari UMP pun ada.... ada kategori pelajar UMP lagi..... Terima kasih UMP....




Tahniah untuk Semua..... Bagi pelajar SMKIS.... jangan lupa untuk sign in Follower.... biar banyak sikit follower baru semangat nak update....

Wednesday, January 26, 2011

Set soalan bab 1 tingkatan 5

saya dah siapkan soalan klik sains bab 1 bagi tingkatan 5..
sila download soalan tersebut menggunakan link ini....

http://www.4shared.com/file/ZqNsbNpP/bab_1_tingkatan_5__mikroorgani.html


Jawab set tersebut sebanyak 4 kali dan isikan borang penggunaan yang diberikan saya nanti....

borang ini penting sebagai bukti anda menggunakan program ini dan latihan telah dibuat...
good luck....

Tuesday, January 25, 2011

Speaker komputer

Sekarang nie... speaker pun dah macam-macam contohnya macam nie... pakai USB.. Cuba klik untuk besarkan...
 Logitech S120 2.0 Multimedia Speakers

Selain daripada tu... untuk best sikit dengar muzik.. speaker dah ada subwoofer... memang best... tapi mahal sikit laaaa... macam nieeee..... cuba klik
Logitech S220 2.1 Speaker System with Subwoofer

boleh beli kalau mampu..... jangan ambil spaker makmal sudah.....

alatan komputer

sekarang ni... dah macam-macam aksesori komputer yang ada....
aksesori tu contohnya macam mouse.... dulu pakai wheel atau bebola... lepas tu, infrared... wireless... dan
sebagainya... wireless sekarang dah pakai bluetooth macam yang ni..
.Logitech M305 Wireless Mouse (Silver)
.. tapi antara yang masih termampu untuk digunakan adalah infrared (optical)
Logitech MX 518 High Performance Optical Gaming Mouse (Metal)
... macam ni... boleh cuba lihat dengan klik gambar tersebut.... kalau tak berapa mampu lagi.... boleh beli yang wheel... bebola.... macam ni..
.Microsoft Wheel Optical Mouse... jangan curi yang makmal komputer sudah....

Monday, January 24, 2011

HDMI Cable 2M (6 Feet)

set klik sains set 1

Di sini saya sertakan dahulu set 1 bagi klik sains.... hmmm... semua bab... (soalan percubaan tahun lepas)
klik link ini untuk download....
Hotfile.com: One click file hosting: set_1(perc).exe

Hotfile.com: One click file hosting: set_2_perc.exe

boleh cuba download dulu... kalau tak dapat, bagitau.... sambil... sambil tu.... boleh cuba klik iklan di sebelah tepi ataupun atas...... thanksss....

Selamat Datang....

Saya baru membuka akaun blogspot ini bagi membolehkan terutamanya pelajar saya mengakses latihan klik sains melalui lawan web... semoga dengan penubuhan blog ini akan memberikan manfaat kepada semua pelajar.... sila explore blog ini dengan berkesan... SEMOGA BERJAYA SPM 2011