menjana pendapatan dengan blog

Tuesday, May 22, 2012

Hebatnya Si Ibu Tua

SAKSI
Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi
utama
seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa
soalan kepada saksi.

Peguamcara : Ibu Fatima, Ibu kenal siapa saya?

Ibu Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil
. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu
kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar.. dan aku merasa amat kasihan
dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak
berasas dan benar...

Peguamcara tersebut terpegun....
lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang diterima..Untuk mengatasi
kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya,..

Peguamcara : Ibu Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi.., peguambelakan?

Ibu Fatima : Oh ya, tentu saja... Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya
bersamaku waktu ia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga
mengecewakan... Ia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah
tanpa tujuan..

Habis sahaja Ibu Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela
untuk menghampirinya...
"Jika kamu berdua menanyakan kepadanya.. adakah ia kenal denganku.., kamu berdua
akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina pengadilan..," kata hakim.

Tuesday, May 8, 2012

dah lama tak blogging..... cuba cari mana masalah pengiraannya gambar nie...... fikir sikit..... freshkan semula kepala kitaa......

Thursday, November 3, 2011

surat cinta budak sekolah 2....

hari itu saya ada masukkan satu surat cinta budak sekolah.... hmmmm... ni ada satu lagi surat cinta budak sekolah... tapi bukan budak SMKIS..... pada saya ada satu surat cinta budak SMKIS.... tapi tak sampai hati pulak ghasanya nak pamerkan..... hmmmmm..... takpelaaa.... layan yang ni je laaa.....


Saturday, October 29, 2011

Lagu Puteri Islam

 

Di sini adalah lagu Pasukan Puteri Islam malaysia..... sila download di link di bawah....

Lagu Pasukan Puteri Islam malaysia

Lagu-Lagu pasukan Kadet Sekolah...

hmmmmm.... pada 2011.... saya ditugaskan sebagai penyelaras pasukan unit beruniform di SMKIS.... satu permasalahan yang dihadapi adalah betapa sukarnya mendapatkan maklumat setiap unit beruniform ini.... so, saya lakukan sedikit searching di internet dan sumber-sumber lain.... dan .... hasilnya dapat juga beberapa maklumat yang berguna untuk dikongsi bersama oleh semua pendidik.... serta pelajar..... insyaalllah saya akan cuba cari skripnya sekali....... thanks atas segala sokongan......

Lagu Kadet bomba



Di sini juga saya linkkan lagu Pasukan Kadet bomba..... tapi dalam bentuk  video....fail flv..... tak sempat nak convert dalam bentuk mp3..... sori....  boleh download daripada link di bawah....

Lagu kadet bomba

lagu Kadet Polis




Sebelum ini saya telah memasukkam lagu kadet-kadet lain.... baik.... di sini saya letakkan lagu kadet polis untuk semua ahli dan guru-guru kadet polis..... klik di link di bawah....

Lagu Kadet Polis

borang-borang berkaitan kadet polis 

Friday, October 21, 2011

klik Sains terbaru set 5....

Set soalan terbaru.... set 5 boleh didapati dengan klik link di bawah....... sekiranya ingin mendapatkan set21 terdahulu boleh lihat di bahagian "label" Kliksains di bahagian tepi blog.... lihat semua set yang ada..... kemungkinan anda akan mendapat warning virus apabila mendownload..... jangan risau.... ia bukanlah virus dan bebas daripada virus..... cuma ianya adalah perisian flash..... selamat menjawab dan semoga berjaya SPM 2011.....

kliksains SET 5  (new)

kliksains SET 6 (new)

Tuesday, October 18, 2011

Peribahasa Melayu 2

Sabar penghilang penat, tekun pembawa berkat seseorang yang bekerja dengan sabar dan tekun akan membawa kejayaan.


Badak makan anakmembuang anaknya sendiri.


Badai pasti berlalu - Kesusahan hidup pasti akan berkurangan dan akhirnya akan hilang.


Badi dalam pembelah batang - Orang kepercayaan yang sering merugikan kita.


Bagai air dalam pembuluh - Telah mencapai kata muafakat. 


Bagai alu pencungkil duri - Melakukan sesuatu yang tidak mungkin berhasil.


Bagai anak ayam kehilangan induknya - Bercerai berai kerana kehilangan tumpuan (pimpinan).


Bagai anak sepat ketohoran - Berbaring bermalas - malas.


Bagai anjing tersepit di pagar - serba salah.



Sunday, October 16, 2011

Karbon Dioksida yang merbahaya.....

Pagi 23 Ogos 1986, seorang pengembara berlegar-legar di sebuah perkampungan yang terletak di pinggir tasik Nyos, cameroon. Di sebalik keindahan tasik yang airnya menghijau dan dipagari bukit bukau, pengembara itu tertanya-tanya, ke mana perginya penduduk kampung tersebut?

Tiada seorangpun yang kelihatan. suasana sunyi sepi. gelak ketawa kanak-kanak bermain pun tidak kedengaran langsung. jalan-jalan kecil di sepanjang kampung itu juga sunyi sepi. Apabila pengembara itu menjengah ke sebuah rumahdia terkejut kerana melihat beberapa orang penghuninya tersembam di lantai tidak bernyawa lagi. Beberapa orang lagi terlentang di atas katil, juga sudah meninggal dunia. Di rumah-rumah lain pun begitu.

Berdasarkan maklumat pengembara itu, pihak berkuasa tempatan segera menghantar pegawainya ke Tasik Nyos. Pemeriksaan itu mendapati, bukan hanya manusia, malah semua haiwan di kampung-kampung sekitar tasik berkenaan turut terkorban. Malah di sebuah kampung, hanya dua orang sahaja yang selamat daripada 700 orang penduduknya.

Menurut penduduk tersebut,tragedi itu bermula pada malam 21 ogos selepas letupan kuat seperti guruh berdentum. Bumi terasa bergegar. keesokan pagi dia mendapati ahli keluarganya dan seluruh penduduk kampung sudah meninggal dunia.

    APAKAH YANG BERLAKU??????

Tasik Nyos memang indah, tapi ia sebenarnya mulut sebuah gunung berapi. bubyi "GURUH" yang didengar itu adalah bunyi letupan gunung berapi yang berlaku di bawah tasik. letupan itu tidak memancutkan lahar mahupun debu seperti yang lazimnya berlaku, sebaliknya membebaskan gas karbon dioksida yang membuih dan meruwap dari dasar tasik Nyos.

Disebabkan oleh perubahan tekanan atmosfera, gas tanpa bau dan warna itu tidak terpeluap naik ke udara, tetapi tersebar ke kawasan sekitar lalu membunuh para penduduk yang sedang tidur lena. Dianggarkan 1,700 nyawa tekorban dalam tragedi itu.